Saturday, May 23, 2015

Aku, dia dan mereka...

Aku?
Belum tentu dia kenal aku..
Belum tentu mereka kenal aku...

Jangan kerana hidup bersama-sama dalam tempoh tertentu membuatkan kita yakin terlalu mengenali dia dan mereka..
Jangan kerana bersusah payah kongsi susah dan senang kita sudah betah menilai bahawa kita yang terbaik dan terhebat buat dia dan mereka....

Dia?
Belum tentu aku kenal dia..
Belum tentu mereka tahu siapa dia...

Jangan terlupa dalam manusia ada hati yang hanya Allah sahaja yang mengetahui
Dan tetap jangan terlupa dalam penilaian aku, dia dan mereka ada penilaian yang maha hebat dari yang maha esa...

Mereka?
Bisa mulakan apa saja
samada tepat, betul atau rekaan....seperti permainan 'telefon karat'...

orang pertama: Ali beli keropok jagung
orang kedua: Ali beli keropok dengan jagung
orang ketiga: Ali beli keropok jagung dan jagung rebus
orang keempat: Ali beli jagung rebus dan jagung rebus tu tak sedap
orang kelima: Ali tidak suka keropok dan jagung
.................
orang keseratus: Ali buang plastik keropok merata-rata...beli jagung pun makan tak habis Ali memang suka membazir.....

Hebat permainan 'telefon karat' punya angkara....

Bermula dengan Aku, dia dan mereka....
Jika tidak Aku...Dia yang bersuara
Jika tidak Dia....Mereka yang bersuara...
Tapi hakikatnya....pabila ada yang mula pasti ada yang teruja mendengar dan menjadi pakar dalam mengemukakan hujah-hujah hebat dan lagi bernas bersandarkan kredibiliti masing2.

Siapa aku?
Siapa dia?
Siapa mereka......?

Bermula dengan hanya satu bicara...... dengan mudah saja sudah mengenali siapa aku siapa dia dan siapa mereka....

Itulah kehidupan yang dipenuhi manusia 'aku, dia dan mereka'.

Wah..wah..wah...sila kembali ke alam nyata hokeh....ayat di atas antara mood ala2 A Samad Said berbicara tentang alam dan manusia heheheheh....
Nak faham atau tidak terpulang pada budi bicara masing2...jgn tak dak budi bahasa sudah la naaa....bahaya tu hahaha

BERBICARALAH DENGAN ALLAH TAALA KERANA ITU SEBAIK2 BICARA ANTARA HAMBA DAN PENCIPTANYA...biar tiada balasan suara...biar tiada balasan sentuhan kerna balasan suara dan sentuhan Allah taala hanya akan dirasa di dalam sanubari....#WAH7878



 

Monday, March 2, 2015

TIKAM BELAKANG....



Hai.....apa khabar??? Lama gila kan aku x jenguk korang kat sini.... rinduuuuuuuu sgt!!!

TIKAM BELAKANG.....korang penah kena? Sapa yg tikam? Kawan atau lawan? Guna pisau? atau.... kepercayaan jadi taruhan? Tak kira la korang salah atau betul tapi bila korang kena TIKAM BELAKANG percaya atau tidak hancur luluh hati ni....sendiri penah lalui sendiri blh rasa mcmana sakitnya.....lebih teruk dari kena tikam dgn pisau atau apa2 saja benda yang tajam.....

Aku malas nak terangkan maksud TIKAM BELAKANG ni klu korang rajin korang bukak la buku simpulan bahasa kat situ korang blh tau....

Kenapa TIKAM BELAKANG kenapa tidak TIKAM HADAPAN???? Orang dahulu kala sgt bijak menggunakan ayat2 madah sebegini...klu kita nampak apa yg berada di hadapan kita tentu skali kita mampu elak atau tepis....tp belakang???? tiada mata utk melihat apa yg berlaku.....sehingga saat firasat ini mengetahui rupanya orang yg terdekat mampu melakukan perkara sebegini....sukar utk aku perolehi kepercayaan kembali.....tidak terlalu mudah utk dia mengetahui apa yg berlaku dari mulut ini dan biarkan dia terjun bersama-sama labunya.....
Image result for maksud tikam belakang
Terima kasih pada kehidupan kerana mengajar aku erti kepercayaan....

Kawan-kawan di luar sana yg penah melalui situasi ini pesanan aku bersabar lah walaupun api kemarahan melanda di segenap jiwa dan darah yg mengalir.....salah atau benar semua atas penilaian ALLAH SWT kita manusia tiada hak utk membuat penentuan.....tetapi TIKAM BELAKANG adalah 1 perkara yg x mampu diberi peluang kali kedua......kerana nilai kepercayaan sudah lupus sama skali....

Kawan-kawan....maafkan saja mereka...selebihnya adalah urusan Allah taala....

PERCAYALAH PADA DIRI KERANA NILAINYA LEBIH HEBAT DARI MENIPU DIRI SENDIRI...
Sehingga jumpa lagi......#WAH7878