Saturday, February 18, 2017

"Makan Bersih"

Assalamualaikum w.t.b...salam sejahtera...aloooooo eberibodi...

As usual lama sungguh aku x mem'blog'..kekdg x dak idea..kekdg x dak masa nk mengadap komputer untuk memuntahkan idea dalam blog ni sbb selalu mengadap komputer asyik buat keja ja..balik umah mengadap hal umah....tp x mengapa...ari ni entry pertama aku dalam tahun 2017 walaupun dah bulan februari so mari la nikmati bersama2 ya hehehe

Ari ni juga aku terpanggil utk kongsi skit psl 'makan bersih' atau EAT CLEAN...aku x cekap lg bab2 eat clean ni but...im still studying bout it. Bila umur dh nk menjangkau 40an cara pemakanan pun kena ubah...sbnrnya aku dh start eat clean..even x sempurna lg tp sekurang2nya aku dh start okay hihihi...mmg ada perbezaan eat clean ni..badan rs ringan..perut lebih kenyang..dan sbnrnya lebih menjimatkan sbb kita bw bekal ke tempat kerja.

Aku penah test eat clean combine with exercise selama sebulan..berat aku turun 2kg...byk menu2 utk eat clean ni aku dapat kat dlm apps Pinterest...aku mmg penagih Pinterest hehehe...mmg x rugi ada apps tu dlm henset hgpa smua...dr ujung rambut sampai ujung kaki dr ujung dunia sampai depan dunia kita blh dpt maklumat di situ....so nk amik kesempatan la sapa2 yg nk follow aku dlm Pinterest blh la cari azian ahmad. kat dlm tu ada perkongsian yg aku save dan pin it utk kegunaan aku sehari-hari.

Hokeh cukup kot psl Pinterest...nk crita blk psl 'makan bersih'/eat clean..Apa yg bersih sbnrnya? Adakah cara penyediaan mknan tu perlu bersih drpd sisa2 kekotoran? Sbnrnya bersih yg dimaksudkan ni ialah mengurangkan lemak minyak garam gula karbohidrat yg x bersesuaian dan juga yg sewaktu dgnnya...mmg agak susah bila kita drpd kecik telah disogokkan dgn mknan yg sedap2. Almaklum sajalah dgn lidah melayu klu x berlemak manis santan kelapa muda mana blh nk masuk tekak kan hahahahah...rsnya dh mmg sampai masa kita ubah cara pemakanan...lg awal kita ubah lg bagus utk badan kita.

Utk entry seterusnya nnt aku cuba tunjuk menu2 yg dh aku buat...simple2 ja tp mmg mengenyangkan...cuma doakan aku ada masa nk menjenguk blog ni ya (^-^)

Sehingga ke bertemu lg...#WAH7878

Sunday, February 28, 2016

A NEW CHAPTER BEGIN....



Assalamualaikum smuaaaaaaaaa.....gila lama x menjengah hangpa smua kat sini...last aku tulis bln 5 thn lepas..9 bln aku x senaman jari di ruangan blog aku yg dh bersemak samun penuh rumput rampai, lalang2 tegak berdiri... siput babi plak seronok je bermain di tanah kering yg sepi hahahahahaha...bahasa tahap gaban melawan naga sakti...hahaha...

Ehem...maafkan saya termeraban sebentar...excited dpt menulis smula di sini...syukur alhamdulillah...
Mesti korang tertanya-tanya ke mana aku menghilang...eh ada ke yg tanya?? Hahahaha sah aku yg perasan lebih...nasib aaaa tp..klu ada yg mmg follow aku tentu la tanyakan...baiklah...begini critanya...

Terlalu banyak yg berlaku dlm tempoh aku x menulis...mmg betul2 mencabar kredibiliti aku sebagai hamba Allah yg sudah tentunya lemah di sisiNya. Banyak sgt yg aku belajar dlm tempoh tersebut...belajar mengenali erti hati, perasaan, pemikiran dan perbuatan. Dari situ aku nampak pelbagai karenah birokrasi manusia yg sibuk memikir merancang dan membangunkan kehidupan org lain berbanding hidup mereka sendiri...

Pernah tak korang terfikir untuk mulakan hidup baru??? 'Buka buku baru'??? Buat penambahbaikan pada diri sendiri...muhasabah setiap kekurangan dan penuhkan dengan kelebihan yg dh lama terpendam disbbkan faktor persekitaran??? Sahabat di luar sana...jgn sekali2 mengalah utk diri...biar apa org nak kata yg penting Allah tahu apa yg ada dlm hati kita...

A NEW CHAPTER BEGIN...satu revolusi baru dlm perjalanan hidup yg akan aku lalui kini dan seterusnya...

Masa lalu.... biarkan ia menjadi pengalaman pahit manis dalam mengajar erti hidup
Masa kini.... bina dan bentuk kekuatan fizikal dan ketahanan mental serta kesabaran hati
Masa seterusnya...minta yg baik2 pada Allah harap yg baik2 pada Allah ingat yg baik2 pada Allah

So...sahabat di luar sana...sekiranya anda dlm proses memulakan hidup baru ingat 3K:

KEKUATAN...
KETAHANAN....
KESABARAN...

Image result for doa

Selebihnya berdoalah penuh khusyuk dan bersungguh pd Allah Taala...kerana Dia yg memberi kekuatan ketahanan dan kesabaran itu pada kita...#WAH7878


Saturday, May 23, 2015

Aku, dia dan mereka...

Aku?
Belum tentu dia kenal aku..
Belum tentu mereka kenal aku...

Jangan kerana hidup bersama-sama dalam tempoh tertentu membuatkan kita yakin terlalu mengenali dia dan mereka..
Jangan kerana bersusah payah kongsi susah dan senang kita sudah betah menilai bahawa kita yang terbaik dan terhebat buat dia dan mereka....

Dia?
Belum tentu aku kenal dia..
Belum tentu mereka tahu siapa dia...

Jangan terlupa dalam manusia ada hati yang hanya Allah sahaja yang mengetahui
Dan tetap jangan terlupa dalam penilaian aku, dia dan mereka ada penilaian yang maha hebat dari yang maha esa...

Mereka?
Bisa mulakan apa saja
samada tepat, betul atau rekaan....seperti permainan 'telefon karat'...

orang pertama: Ali beli keropok jagung
orang kedua: Ali beli keropok dengan jagung
orang ketiga: Ali beli keropok jagung dan jagung rebus
orang keempat: Ali beli jagung rebus dan jagung rebus tu tak sedap
orang kelima: Ali tidak suka keropok dan jagung
.................
orang keseratus: Ali buang plastik keropok merata-rata...beli jagung pun makan tak habis Ali memang suka membazir.....

Hebat permainan 'telefon karat' punya angkara....

Bermula dengan Aku, dia dan mereka....
Jika tidak Aku...Dia yang bersuara
Jika tidak Dia....Mereka yang bersuara...
Tapi hakikatnya....pabila ada yang mula pasti ada yang teruja mendengar dan menjadi pakar dalam mengemukakan hujah-hujah hebat dan lagi bernas bersandarkan kredibiliti masing2.

Siapa aku?
Siapa dia?
Siapa mereka......?

Bermula dengan hanya satu bicara...... dengan mudah saja sudah mengenali siapa aku siapa dia dan siapa mereka....

Itulah kehidupan yang dipenuhi manusia 'aku, dia dan mereka'.

Wah..wah..wah...sila kembali ke alam nyata hokeh....ayat di atas antara mood ala2 A Samad Said berbicara tentang alam dan manusia heheheheh....
Nak faham atau tidak terpulang pada budi bicara masing2...jgn tak dak budi bahasa sudah la naaa....bahaya tu hahaha

BERBICARALAH DENGAN ALLAH TAALA KERANA ITU SEBAIK2 BICARA ANTARA HAMBA DAN PENCIPTANYA...biar tiada balasan suara...biar tiada balasan sentuhan kerna balasan suara dan sentuhan Allah taala hanya akan dirasa di dalam sanubari....#WAH7878



 

Monday, March 2, 2015

TIKAM BELAKANG....



Hai.....apa khabar??? Lama gila kan aku x jenguk korang kat sini.... rinduuuuuuuu sgt!!!

TIKAM BELAKANG.....korang penah kena? Sapa yg tikam? Kawan atau lawan? Guna pisau? atau.... kepercayaan jadi taruhan? Tak kira la korang salah atau betul tapi bila korang kena TIKAM BELAKANG percaya atau tidak hancur luluh hati ni....sendiri penah lalui sendiri blh rasa mcmana sakitnya.....lebih teruk dari kena tikam dgn pisau atau apa2 saja benda yang tajam.....

Aku malas nak terangkan maksud TIKAM BELAKANG ni klu korang rajin korang bukak la buku simpulan bahasa kat situ korang blh tau....

Kenapa TIKAM BELAKANG kenapa tidak TIKAM HADAPAN???? Orang dahulu kala sgt bijak menggunakan ayat2 madah sebegini...klu kita nampak apa yg berada di hadapan kita tentu skali kita mampu elak atau tepis....tp belakang???? tiada mata utk melihat apa yg berlaku.....sehingga saat firasat ini mengetahui rupanya orang yg terdekat mampu melakukan perkara sebegini....sukar utk aku perolehi kepercayaan kembali.....tidak terlalu mudah utk dia mengetahui apa yg berlaku dari mulut ini dan biarkan dia terjun bersama-sama labunya.....
Image result for maksud tikam belakang
Terima kasih pada kehidupan kerana mengajar aku erti kepercayaan....

Kawan-kawan di luar sana yg penah melalui situasi ini pesanan aku bersabar lah walaupun api kemarahan melanda di segenap jiwa dan darah yg mengalir.....salah atau benar semua atas penilaian ALLAH SWT kita manusia tiada hak utk membuat penentuan.....tetapi TIKAM BELAKANG adalah 1 perkara yg x mampu diberi peluang kali kedua......kerana nilai kepercayaan sudah lupus sama skali....

Kawan-kawan....maafkan saja mereka...selebihnya adalah urusan Allah taala....

PERCAYALAH PADA DIRI KERANA NILAINYA LEBIH HEBAT DARI MENIPU DIRI SENDIRI...
Sehingga jumpa lagi......#WAH7878

Tuesday, November 11, 2014

Antara Hati, Perasaan dan Akal

Salam sejahtera ke atas kalian...mudah2an dirahmati Allah taala....
Masya Allah...cantik tarikh hari ni..111114 (^_^)

Terlalu banyak perkara yang berlaku dlm kehidupan aku pada bulan oktober lepas...pada aku bertepatan dengan lagu nyanyian Awie...Tragedi Oktober....(nyanyi ikut nada awie okay)
Pernah tak kalian melalui dugaan terhebat dlm hidup ni? Untuk aku dugaan yg datang kali ini melampaui keupayaan hati perasaan dan akal aku.....hampir tak mampu nak lalui tapi bila berpegang kepada janji Allah...Dia tak akan menduga sesuatu ujian kepada hambaNya yg x mampu lalui dan hadapi...maka aku di antara berjuta insan dlm dunia ni dipilih Allah taala utk merasai nikmat itu....walaupun kerapkali hampir2 saja ingin mengeluh tapi HATI ini cepat2 beristighfar mengingat kembali Allah taala....

Sahabat di luar sana...siapa yg layak tahu HATI dan PERASAAN kita? Patutkah kita kongsi apa yg kita rasa? Patutkah kita harap orang lain paham sama dengan apa yg kita paham? Jawapannya adalah ya dan jawapannya jugak adalah tidak....Aik??? Kenapa ada 2 jawapan??? Baik lah....ini hanya pandangan aku yg lemah...setuju terima klu x setuju jgn la kutuk cuma abaikan aja k...sbb kalian pun ada pandangan kalian sendiri bukan? Kita blh kongsi sesuatu masalah kepada org yg syaratnya betul2 blh dipercayai dan kita yakin dengan cara dia mendengar permasalahan kita.....selalunya kita perlu org yg mendengar dahulu apa isi HATI dan PERASAAN kita tanpa meletak penghakiman terhadap apa yg telah terjadi.....manusia tidak terus dilahirkan sempurna dan hebat 100% melainkan Nabi Muhammad saw.....aku suka pakai TEORI BELON....ia umpama hembusan angin yg ditiup ke dalam belon digambarkan masalah yg makin hari makin dipendam...percaya atau tidak sekiranya belon itu terus menerus ditiup ia akan meletup pecah x boleh dibaiki lg....bayangkan mengapa histeria terjadi? Kes amuk berlaku? Sanggup hingga bunuh diri? kerana sbb inilah..Bayangkan hembusan angin yg ditiup masuk ke dalam belon beberapa kali kemudian dilepaskan sedikit demi sedikit pastinya belon itu x kan mengembang melampaui batas dan akhirnya kita masih memiliki sebentuk belon walaupun bentuknya tidak sempurna atau seperti yg kita inginkan..syukurlah ia tidak pecah....Begitulah sekiranya bila masalah dipendam dan tidak dikongsi dgn seseorg yg blh dipercayai...x nampak jalan penyelesaian sesuatu yang buruk akan timbul sebenarnya......tetapi jika kita berkongsi dengan org yg tepat...berbincang bertukar-tukar pandangan...Insha Allah walaupun x selesai tetapi sekurang2nya PERASAAN akan rasa lega...AKAL yg kusut akan terurai sedikit...

Keadaan bagaimana pula yg x memerlukan kita berkongsi masalah? Bila tiba saat tiada siapa yg mahu mendengar, memahami dan merasai apa yg kita rasa....bila saat kita dihentam habis2an tanpa memberi peluang utk kita membuat penjelasan....bila saat HATI ini sendiri rasa belum bersedia utk berkongsi....tapi ingatlah sahabat....kalian tidak keseorangan.....sesungguhnya tempat sebaik2 dan seindah2 untuk dikongsi adalah kepada Allah swt.....walaupun tiada anggukan...tiada pandangan mata...tiada sebutan ya atau tidak....tiada reaksi...tetapi bila saat berbicara dengan Allah taala hati seakan tenang dan lega sebenarnya wahai sahabat....percayalah wahai sahabat aku juga mengingatkan diri aku sendiri...Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita...apa yg kita x suka mungkin itulah yg elok utk kita....apa yg kita benci mungkin itu yg sesuai utk kita dan apa yg kita inginkan mungkin bukan saatnya kita terima sehingga benar2 tiba saat dan ketika yg layak kita dapat dan nikmati....mmg sukar untuk meletakkan pemikiran kita sedemikian rupa...pd mulanya mmg sakit, perit dan seksa....tp lama kelamaan kita akn nampak dan rasa sekiranya "mata hati kita sudah terbuka"....

Berdoalah pada DIA sesungguh HATI.....
Berharaplah pada DIA sehebat PERASAAN yg wujud dlm diri kita
Mudah2an DIA mengurniakan AKAL yg waras kepada kita untuk berfikir dan menikmati kehidupan yg ada ini kerana dlm jutaan manusia di atas dunia DIA nampak kita dan DIA beri dugaan kerana terlalu istimewanya kita pd DIA....Alhamdulillah syukur kerana DIA masih sayang pd kita....
Ingat...jgn kerutkan kening ya...senyum saja hati akan tenang...


SABAR...BERTAHAN...BERDOA....ALLAH MAHA MENDENGAR...MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.....
-WAH7878-





Tuesday, July 8, 2014

Tragedi motor besar di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan slmt pagi everybody.....jangan bz body udah la ye hahahahhaha
Aku heran sungguh la dgn diri aku ni...susah betui nk update blog sekerap yang boleh...walaupun aku tau bukannya aku ada beratus follower di luar sana tp harapan aku apa yg aku kongsi dlm blog aku yg x berapa dikenali ni dapat bg input berguna kepada yg memerlukan.....

Just nk kongsi pengalaman yg berlaku dalam Ramadhan yg mulia ni...aku x mau kongsi bab nk kurus time posa(klik di sini)...gue juga enggak mau brkongsi tentang PARAM(hamboi...brbhs indon ya...phuii hahahaha)....aku pun x terasa lg nk kongsi bab2 yg agak berat spt bab2 ibadat di bulan ramadhan...sbb salah satunya aku mungkin bukan Ustazah Pilihan malahan keciciran lagi hahahaha....

Mcm ni....dipendekkan crita aku amik lesen B full pd bulan Mei tempoh ari....dan aku hanya sempat menghadiri kelas latihan sebanyak 3 kali saja atas kekangan masa kerja aku di skola dan kelas menjahit aku...nk utk pengetahuan korang smua aku mmg teringin nk amik lesen moto besar ni sejak dari zaman skola menengah lg...mmg ada member2 aku yg agak kurang hasam kata aku x layak sbb x cukup ketinggian...kaki x sampai tanah la dan mcm2 lagi....ok x mengapa...aku x heran sgt sbb tu keinginan kan...utk pengetahuan korang dgn rasa x malunya aku dedahkan rahsia bahawa ketinggian aku ialah 156cm dan berat aku 49kg....aku bukan kecik kot tp standard size hehehehhehe....

Di usia aku 36 tahun akhirnya aku mendapat keizinan Big Boss aku a.k.a En.Suami la sbb dia pun amik lesen B Full skali.....mmg x dinafikan aku menghadapi masalah dgn berat moto tersebut dan kaki aku yg x berapa nk kuat menahan berat tersebut...tetapi disbbkan aku ada kebesaran hati berbanding badan aku ni tetap aku teruskan niat murni ku ini ( hahahaha murni la sgt! )...hishhhh x pendek dh crita aku ni mcm nk panjang jugak...ahhh lantak la korang bc ja la x larat bc tgk tang penutup sj hahahahahha....TIGA kali aku p latihan menunggang moto besar tu 3x tu jugak aku jatuh serta mencalar balarkan moto superbike kawasaki dan juga virago..dan kali ke-3 aku jatuh ni mmg agak teruk skit aku x berjaya mengelak maka dgn segala sukacitanya superbike kawasaki sudah menghempap pergelangan kaki kiri ku.....aku bangun mcm biasa masih boleh jalan lg tp sejam slps tu kaki aku x leh pijak tanah...sakit gila...terus aku p urut betulkan urat yg lari dan malam tu aku terpaksa ke hospital utk x-ray sbb sakit x leh tahan sgt! Kejadian ni berlaku genap seminggu kita berpuasa (sabtu 5/7/2014)...nasib baik x ada yg patah atau retak klu x lagi jenuh!!! Aku dpt mc 3 hari rehat sepenuhnya x blh bergerak...doktor pesan nk cpt baik kena byk rehat....Gila weiii aku sampai naik bosan tahap cipan dlm hutan berehat ats katil...sakit pinggang aku...tp betul la kata doktor tu bila kurang pergerakan mmg kaki yg terseliuh cepat baik....

Kakak abg aku tau hal ni En.Suami punya pasal la post gambar kaki aku brbalut dlm wassap family aku so kenangan masa zaman remaja berulang kembali...aku kena tazkirah...perghh x tahan telinga dgr...dh tua bangka mcm ni masih kena nasihat ngan kakak dan abg aku.....En. Suami gelak ja sambil geleng kepala....Sib baik En. Suami cool sbb dia dh masak sampai rentung ngn perangai aku hahahahhaha.

Apa yg aku nk tekankan di sini ialah setiap kejadian yg berlaku pasti ada PENGAJARANnya betui x? Sbb klu sesapa yg x penah amik pengajaran dlm setiap kejadian dlm hidup dia bermaksud ada sesuatu yg x kena dgn diri dia...untuk menuju ke arah kesempurnaan kita perlu lihat pengajaran....



Motorsikal ni la yang timpa kaki aku

Zaman kegemilangan Awie!!!! Hahahahhaha
Semasa menunggu utk masuk bilik rawatan...rasa ilang brutal aku dok atas wheel chair ni huhuhuhuhu

Rugged ja pegawai yg urus X-Ray ni hahaha jgn salah phm k masa ni lbh kurang pkl 11.30mlm klu aku jd pegawai tu pun aku x lalu nk pakai lab coat bagai...rimas wooo....Alhamdulillah kaki aku ok tu yg penting
Hasilnya...aku dihadiahkan dengan benda2 ni...padan muka aku..


Pengajaran yg aku dapat:-
  1. Bila Allah dh bg signal/petunjuk melalui kejadian atau lintasan di hati sila bertindak utk buat keputusan...sebagai cth aku hadiri kelas 3x dan 3x tu jugak aku jatuh dan kali ke 3 agak teruk...aku muhasabah diri balik yg mungkin keinginan aku x sesuai utk diri aku....klu aku teruskan juga mungkin akn brlaku musibah atau sesuatu yg x bersesuaian utk diri aku.Oleh itu aku bertekad mmg stop tak nak teruskan kelas B Full ni buat masa skrg...( amboi ayat mcm nk amik gak masa nnt..hehehehe )
  2. Keja di skola terbengkalai x blh nk buat sbb terpaksa cuti sakit....kesian partner aku keseorangan di bilik kaunseling dengar lagu raya sorg2....Dlm erti kata lain telah menyusahkan keja org lain.
  3. Kesian anak2 aku...sebagai mak mmg aku sepenuhnya yg menguruskan rumah, anak2, makan minum dan sewaktu dgnnya...bila aku x blh jalan tambahan dlm bulan posa mcm ni...mmg anak2 aku paling terasa sbb x ada yg mengurus makan minum diaorg secara teratur dan sempurna masa berbuka dan sahur...
  4. En.Suami baru sedar betapa pentingnya tugas Pn.Isteri....pengakuan anak2 sendiri..."Ayah layan dan urus kami x sama dgn Mak"...terharu siot dgr anak ckp mcm tu...tp paling best bila En.Suami mula belajar masak utk menu berbuka dan sahur...heheheheheh amcm? Bukan senang ooo nk jadi Isteri dan Ibu yg berkerjaya kan????
  5. En.Suami dan anak2 smuanya terpaksa berdikari dan kena buat sendiri bila "Manager of House" sakit...Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing.....phm x maksud peribahasa tu???

Pendek kata untuk hari2 berpuasa yg seterusnya, tahun2 yg seterusnya dan selanjutnya aku akan pastikan yg aku perlu sihat dan lebih berhati2 utk kesejahteraan keluarga aku sendiri....Bukan setakat pulun ibadah malahan KESELAMATAN dan KESIHATAN pun kena jaga di bulan mulia ni.....

SELAMAT BERPUASA!!!!

Monday, May 5, 2014

RESEPI KERABU EBIS

Alooooooo rindu la kat hangpa semua....lama gila x jumpa hangpa semua kat sini....Suasana idup aku kini makin sibuk byk perubahan yg berlaku...x pa la nnt klu ada masa aku cita kat hangpa semua....x tau la nk korek masa tu bagi ada mcm mana...anyway anyhow kena carik gak kan masa tu....

Hokey....seperti yang dijanjikan....ceh! Janji bulan Mac bulan Mei baru nk bg resepi sabaq ja laaaaaaa...klu org kempunan nk makan kerabu ni dh lama maki aku hahahaha rileks bro...be cool babeh...chill yo!

Kenapa nama kerabu ini kerabu Ebis? Aku yg bagi nama sebenarnya singkatan kepada epal + kobis = EBIS
hahahahahahha hebatkan nama kerabu ni mcm nama org plak...Yg blh aku buat kerabu ni sbb aku nk makan sayur tp malas masak...jadi aku tgk apa yg ada dlm peti ais....ada kobis ada epal hijau, cili padi, cili merah pastu sedikit bawang besar..tu ja senang gila nk mampus kan....masukkan sedikit cuka garam dan gula...seimbangkan rasa masam manis dan pedas....dh siap!

Kobis, epal, cili padi, cili merah dan bawang besar di hiris halus jangan tebal2 sgt sat gi jenuh nk telan


Setelah siap ini la hasilnya...ceria ja kan nk makan pun rasa hepi besday ja hahahahaha



SELAMAT MENCUBA!!!