Saturday, May 23, 2015

Aku, dia dan mereka...

Aku?
Belum tentu dia kenal aku..
Belum tentu mereka kenal aku...

Jangan kerana hidup bersama-sama dalam tempoh tertentu membuatkan kita yakin terlalu mengenali dia dan mereka..
Jangan kerana bersusah payah kongsi susah dan senang kita sudah betah menilai bahawa kita yang terbaik dan terhebat buat dia dan mereka....

Dia?
Belum tentu aku kenal dia..
Belum tentu mereka tahu siapa dia...

Jangan terlupa dalam manusia ada hati yang hanya Allah sahaja yang mengetahui
Dan tetap jangan terlupa dalam penilaian aku, dia dan mereka ada penilaian yang maha hebat dari yang maha esa...

Mereka?
Bisa mulakan apa saja
samada tepat, betul atau rekaan....seperti permainan 'telefon karat'...

orang pertama: Ali beli keropok jagung
orang kedua: Ali beli keropok dengan jagung
orang ketiga: Ali beli keropok jagung dan jagung rebus
orang keempat: Ali beli jagung rebus dan jagung rebus tu tak sedap
orang kelima: Ali tidak suka keropok dan jagung
.................
orang keseratus: Ali buang plastik keropok merata-rata...beli jagung pun makan tak habis Ali memang suka membazir.....

Hebat permainan 'telefon karat' punya angkara....

Bermula dengan Aku, dia dan mereka....
Jika tidak Aku...Dia yang bersuara
Jika tidak Dia....Mereka yang bersuara...
Tapi hakikatnya....pabila ada yang mula pasti ada yang teruja mendengar dan menjadi pakar dalam mengemukakan hujah-hujah hebat dan lagi bernas bersandarkan kredibiliti masing2.

Siapa aku?
Siapa dia?
Siapa mereka......?

Bermula dengan hanya satu bicara...... dengan mudah saja sudah mengenali siapa aku siapa dia dan siapa mereka....

Itulah kehidupan yang dipenuhi manusia 'aku, dia dan mereka'.

Wah..wah..wah...sila kembali ke alam nyata hokeh....ayat di atas antara mood ala2 A Samad Said berbicara tentang alam dan manusia heheheheh....
Nak faham atau tidak terpulang pada budi bicara masing2...jgn tak dak budi bahasa sudah la naaa....bahaya tu hahaha

BERBICARALAH DENGAN ALLAH TAALA KERANA ITU SEBAIK2 BICARA ANTARA HAMBA DAN PENCIPTANYA...biar tiada balasan suara...biar tiada balasan sentuhan kerna balasan suara dan sentuhan Allah taala hanya akan dirasa di dalam sanubari....#WAH7878