Sunday, July 15, 2012

Aku Dan Body Scrub

Salam....ari ni aku nk bincang bab kecantikan kerana aku suka kepada kecantikan. Aku x setuju bila orang express kecantikan ni dari segi rupa paras. Sebenarnya kecantikan ni datang dari pelbagai sudut. sebagai contoh yang aku nk mention ni ialah kulit...lebih fokus lg kulit badan. Cuba korang check dlm bilik air korang ada body scrub x? Klu ada bagus! Apa pentingnya body scrub a.k.a lulur badan ni? Sangat besar manfaatnya! Semua manfaat ini adalah berdasarkan pengalaman aku k, x amik dr sebarang buku.

Pertama
Segala daki(punca daki adalah dari sel kulit badan yg mati) dan kekotoran yang ada di kulit akan hilang. Sebenarnya daki ni akan membuatkan kulit kita kusam.

Kedua
Kalau kita rajin melulur hasilnya kulit akan jadi lembut, licin, bersih dan cerah.

Ketiga
Bila kita rajin skrub badan...selulit hodoh yg ada pada kulit akan berkurangan dan seterusnya akan mencantikkan bentuk badan kita (^_^)

Keempat
Aku adalah seorang pemakai slimming cream yang tegar...haaa nnt di entry yg lain akan aku ceritakan kelebihan krim pemecah lemak nih. K klu nk bg fungsi slimming cream ni lebih berkesan aksinya...sila skrub badan hangpa dulu...knp kena skrub? Bila kita berskrub...liang roma akan sedikit terbuka jd krim pemecah lemak ni akan meresap dgn mudahnya ke dlm lapisan kulit...paham?

Kelima
Jap...jap nk pikir ada x yg kelima...hmmmm ('_')...haaa ada....sbb aku suka sgt berskrub jd aku ada byk koleksi body scrub. Jadi body scrub ni blh jd perhiasan secara x langsung dlm bilik air aku...hihihihi

K cukup bgtau setakat tu...klu bgtau byk2 pun x guna buat penat baca ja....Utk pengetahuan orang-orang di luar sana...lulur badan ni ada mcm2 jenis..ada yg utk memutih, detoks, menganjalkan kulit dan mcm2 lg. So pilihan di tangan anda...yg penting p survey dulu kat kedai ada yg murah ada yg mahal tp yg agak mahal skit tu selalunya yg utk kuruskan badan...x caya p tgk kat Guardian or Watson ataupun kedai2 lain yg sewaktu dengannya.


Lulur ni aku beli kat Padang Besar, Perlis. Gambar lulur yang atas tu perisa susu (utk melembabkan kulit ) yang bawah plak perisa lavender ( utk menenangkan )-(hahaha ada ka guna ayat 'perisa').Sebenarnya lulur ni dlm bungkusan tp aku masukkan dlm botol supaya nampak cantik dan aku ikat ngan tali guni..nampak special skit. Lulur susu tu real bau susu masa guna..best!
Yg ni plak lulur serai...aku beli kat Guardian..produk Guardian gak...lulur ni berminyak skit
Lulur ni untuk menyegarkan...biasa la lavender ( release tension ). Aku beli kat Taman Lavender dlm Strawberry Park, GohTong. Kat mana tu? Atas skit ja dr Skyway Platform Genting Highland...Bau mmg best...kulit pun lembut
Ni salah satu fav aku...lulur ni untuk slimming and detox...sesuai utk yang ingin menguruskan badan. Gunakan lulur ni pastu sapu slimming lotion...mmg hebat! Blh beli kat salun kecantikkan (^___^)
Ni satu lagi body scrub yg paling aku suka...dh lama aku pakai sejak dr tahun 2007 lagi. Cukup puas ati..x percaya blh cuba. Nk dapat di mana? Mana lg klu x Cosway...yg dlm kotak tu klu di gosok ke badan mmg rasa mcm digaru2 ja...pas bilas rasa darah mengalir ke seluruh badan...mmg hebat!
Bila ada koleksi...br blh buat hiasan dalam bilik mandi....Ini akan menyemarakkan lagi semangat kita untuk melulur...
Lastly.....
Pesanan drpd pihak penaja...kpd yg dlm pantang atau br pas pantang rerajin la mengskrubkan badan korang (apa punya bahasa aku ni) sbbnya masa kita mengandung kulit badan kita especially kat bahagian leher, celah ketiak, bahagian perut, celah kelengkang dan belakang lutut akan jadi gelap dek perubahan hormon badan. Dan blh jd daki berkumpul sbb keadaan perut yg besar x leh nk tunduk tgk belakang lutut ataupun mungkin malas nk mengadap diri. Disbbkan aku ada anak kecik berumur 6 bulan jd korang tau la kan aku pun melalui fasa tu...Oleh itu perkara yang aku bincangkan dengan korang ari ni adalah satu perkara yang sgt rutin bg aku bila di bilik mandi...kenapa? Sbb aku nk dpt kulit yg elok semulaaaa...lalalalala

Ha! Apa lg jom kita p cari body scrub skrg dan mengskrub badan kita dgn jayanya! All the best!

2 comments:

  1. banyaknya...scrub...cpus ada 1 ja...kat umah...adoiii

    ReplyDelete
  2. Salam... visit out balinese lulur..
    http://baliratihmalaysiaofficial.blogspot.com/p/body-scrub.html

    ReplyDelete