Thursday, August 16, 2012

MEMBINA SEMANGAT ANAK-ANAK BERPUASA

Salam Ramadhan....Amacam posa? Pejam celik pejam celik dh nk dekat raya dh yeaaaa (ishhh cam budak kecik plak aku ni)...rasa mcm br semalam ja kita berpuasa...rasa sedih plak bila Ramadhan nk meninggalkan kita.
Ok la...Utk pengetahuan korang aku mempunyai 3 orang anak( seorang perempuan dan 2 lelaki ). Panggilan mereka di rumah ialah Kakak( 9 thn ), Abang( 6 thn ) dan Adik( 8 bln ). Kakak dan Abang dilatih untuk berpuasa bermula umur 5 tahun. Biasa la namanya pun br mula belajar puasa kan mesti x cukup sebulan. Kakak tgl puasa 5 hari dan kebetulan Abang pun tgl 5 hari masa usia tersebut. Alhamdulillah bermula usia 6 tahun hingga kini Kakak x tgl posa lagi. Abang plak sehingga hari ni masih bertahan lg walaupun sering sebut letih dan dahaga.
Sering kali kita dengar ibubapa terpaksa mengalah kepada anak-anak yang tidak mahu berpuasa kerana kesian, anak-anak kecik lagi dan mcm2 ungkapan serta alasan yang diutarakan. Hakikatnya bermula dari rebung la kita nk bentuk sbb bila dh jd buluh..terpaksa la amik buat meriam buluh ja ----kebabooommmm hahahaha ( blh buat lawak plak pompuan ni ) Maksud aku...dari kecil la kita nak asuh dan didik anak-anak ni.
Sebenarnya membina semangat anak2 berpuasa kena bermula daripada ibu dan bapa. Ibubapalah yang perlu membina semangat dan persiapan mental utk melatih anak2. Klu di mulut ja kita suruh anak2 berpuasa tp kita sendiri malas nk usaha bg anak2 seronok dan semangat utk melaksanakan ibadah ni pun x guna jugak kan dan satu lagi tanggungjawab melatih anak-anak adalah bersama....bukan ibu bukan bapa tp kedua2nya skali. "Apa yg penting? KERJASAMA" (nyanyi ikut lagu WonderPet k). Lain la klu ibu atau bapa tunggal....tak kan la sbb mcm ni terus nk cari pengganti. Kreatif la skit...utk ibu dan bapa tunggal blh minta bantuan dr saudara mara yang terdkt. Ingat yg penting kita perlu tarbiyah diri kita agar bersemangat membantu anak2 berpuasa. Actually anak2 ni dia mampu berpuasa klu kena caranya.
Di sini aku nk kongsi pengalaman aku dan suami bagaimana nk ajak anak2 berpuasa :-
Semasa bersahur
  1. Mak dan ayah kena bersatu hati utk mendidik anak2 berpuasa. Niat di dalam hati supaya kita bersemangat dan istiqamah untuk melatih anak2 berpuasa.
  2. Pastikan anak2 tidur awal supaya mereka blh bangun utk bersahur
  3. Bersungguh2 bangunkan anak2. Aku akan make sure anak2 buang air kecil dahulu, cuci muka kemudian br bersahur. Cara ini akan membuatkan anak2 segar.
  4. Suapkan anak2 makan jgn bg makan sendiri especially utk anak2 yg br belajar berpuasa. Tp klu aku, kakak yg dh darjah 3 pun aku suapkan sbb aku nk mereka makan byk.Klu bersahur anak2 aku kena makan nasi dan segelas milo suam br mereka kuat utk berpuasa
  5. Umpatkan anak2 dengan hadiah yg x pernah mereka miliki ataupun hadiah yg mereka nk sendiri. Mak ayah perlu membuat pengorbanan duit heheheh. Mcm aku dan suami umpan duit yg agak banyak juga la (nasib laaa janji anak2 nk berpuasa)
  6. Lekakan anak2 dgn mainan mereka sendiri..klu dia suka main game biarkan, klu dia suka tgk kartun kat tv pun x mengapa...sekurang2nya mereka terlupa sekejap yang mereka sdg berpuasa..Anak2 aku? Pd bulan Ramadhan mmg aku memberi kelonggaran utk mereka bermain. Sebelum buat kerja sekolah aku suruh tidur dulu...
  7. Menyediakan juadah berbuka puasa yg anak2 inginkan. Mcm anak2 aku x berapa suka berbuka puasa dgn nasi mereka lebih suka nugget, burger, satay, roti john dan sewaktu dgnnya...jd perlu pengorbanan tenaga ibubapa klu x mau buat kena keluar pergi cari....huhuhuhu
Tengah tunggu untuk berbuka...
Klu mereka berjaya berpuasa tunaikan janji kita...jgn lokek utk memberi pujian dan katakan mereka mampu brpuasa dgn lebih baik di thn hadapan. Klu yg x mampu penuhkan puasa jgn bg hadiah yg mereka tuntut atau potong elaun duit. Kedengaran agak zalim bkn? Percaya lah klu kita tegas dgn keputusan...anak2 tidak akn ambil kesempatan. Suruh mereka berusaha utk dptkan hadiah tersebut pd bulan Ramadhan yg seterusnya. Diingatkan jgn bg hadiah tersebut walaupun pd hari jadi mereka. 
Menyediakan rendang di rumah tok
Semoga pengalaman yg aku kongsi ni sedikit sebanyak blh memberi panduan kepada ibubapa di luar sana IBUBAPA YANG HEBAT AKAN MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG SUPER HEBAT


No comments:

Post a Comment