Saturday, October 13, 2012

Manager of my kids


Salam kasih sayang buat semua.....sebagai ibu yg berkerjaya aku x nafikan pembahagian masa di antara kerja dan anak2 serta suami sgt penting...kekadang aku lebih rela jd surirumah tp suami aku plak x berapa membenarkan...... terbalik kan ada kengkawan di luar sana suami diaorang plak suruh berhenti kerja....manusia..manusia sememangnya tidak pernah berpuas hati dgn apa yg ada...termasuk aku huhuhuhuhu...
Sbnrnya bkn psl berhenti kerja or nk bekerja fokus aku skrg ni....Aku sbnrnya nk cerita psl anak2. Ada org berusaha separuh nk mampus utk dptkan anak, ada isteri yg sanggup suaminya kawin lain semata2 utk dptkan zuriat sbb dia x leh mengandung....ada plak yg lempar anak sesuka hati ke jalan la, ke tong sampah malahan ke dalam jamban kerana 'terberanak' anak tanpa kerelaan---->bahasa manis tu..klu bahasa kesatnya anak luar nikah la! (mengada2 sungguh aku ni tu pun nk berkias2).
Fokus aku yg lebih jitu lagi ialah cara membesarkan anak2 supaya mereka menjadi manusia. Sesungguhnya aku bersyukur kerana kerjaya aku sbg guru kaunseling mendedahkan aku kepada perangai remaja atau lbh tepat lg anak-anak yg sedang membesar. Kekdg bila aku dgr anak2 murid aku meluahkan perasaan mereka membuatkan aku lbh berhati2 dlm membesarkan anak2 aku. Ya la aku ada seorg anak perempuan dan dua org anak lelaki...pendekatan dan cara anak lelaki dan perempuan sgt berbeza...
Perasan x ada di kalangan kawan2 kita akan ckp "Alaaa muda lg blh beranak lg", " Dua org anak mana cukup tambah la lg...", " Beranak byk2...nnt lps tu rehat la"......Tuan2 dan puan2 sidang hadirin yang dihormati sekelian ( aiseyman...serupa pengacara la pulak) Mmg anak merupakan anugerah serta rezeki yg sgt bernilai...sehingga kini aku masih merasai kepayahan serta keperitan mengandung dan melahirkan anak2 aku. Walaupun aku tak sakit lama utk melahirkan ketiga2 anak aku tetapi aku menghadapi alahan yg sgt tidak menyelesakan bdn aku dan aku x suka diseluk2 utk check bukaan rahim aku...sgt tidak selesa! Tp itu aku..mungkin pd org lain biasa dan mudah sj bg mereka...alhamdulillah...
That's why for me quality is more important than quantity...Bila kita melalui kesusahan kita akan pastikan yg terbaik akan terhasil...begitu juga dgn anak2.Dh la kita telah melalui kepayahan sebelum melahirkan mereka. Jd setelah mereka lahir ke dunia perkara yg paling penting ialah kita mampu utk beri perhatian, kasih sayang, keperluan dan apa sj yg sepatutnya utk mereka membesar..kerana mendidik anak seumpama menarik rambut dlm tepung...kesilapan yg sedikit blh membawa kemusnahan yg sgt besar apabila mereka dewasa kelak.
Dalam mendidik anak aku paling tekankan didikan agama..perkara PERTAMA kita kena asuh mereka takut pd Allah...Allah sedang melihat mereka..."Ingat..walaupun mak x nampak dan x tahu tp Allah nampak dan tahu"..tu la ayat yg sering berkumandang di mulut aku habuan telinga anak2 sejak mereka kecil lg. KEDUAnya aku dan suami latih mereka utk sembahyang seawal umur 5 tahun...bab sembahyang ni mak ayah kena main peranan penting jgn malas utk ajak anak bersolat....ajak mereka bersolat dgn kita.
KETIGA...aku sentiasa menjawab soalan yg ditya anak2 kpd aku walaupun soalan tu soalan bodoh...jgn menipu atau mempermain2kan soalan mereka...dr situ anak2 akan percaya dan yakin dgn kita jd mereka tidak akan cari rakan sebaya utk bertanya yg sudah tentu jawapannya tidak tepat.
KEEMPAT.. klu aku tegur, marah atau hukum anak2 aku akan pastikan mereka tahu dan phm kenapa mereka ditegur, dipukul atau dimarahi....yg penting anak2 tahu dan jelas kesalahan yg mereka lakukan dan slps itu mereka akan lbh berhati2.
KELIMA...aku akn beri peluang utk anak2 berfikir dan membuat pilihan...selalunya ibubapa akan suruh anak2 ikut apa kata mereka tanpa memberi peluang utk anak2 mengemukakan pendapat...cuba lah dgr..korang pasti tidak sangka bahawa anak korang bijak mengeluarkan idea...kekdg aku dan suami tergelak dgr pendpt anak2 aku.....x sepadan dgn umur!!!.
SETERUSNYA latih la anak2 utk buat kerja rumah walaupun anak tu anak lelaki...didik juga dgn sopan santun dan budi bahasa serta menghormati org2 tua. Dlm mendidik anak jgn kita lupa petua2 penting daripada rasullullah s.a.w yg kita kasihi:
Untuk ibu, mak, ummi, mama, mummy di luar sana pastinya korang ada cara yg lebih best utk mendidik anak2 kan?...X kisahlah apa caranya yg pastinya biarlah kita menjadi superheroin di mata anak2 kita...IBU YANG HEBAT AKAN MENGHASILKAN ANAK YANG SUPER HEBAT!!!

No comments:

Post a Comment