Monday, February 25, 2013

Adoilaaaa part 2

Mcm mana keadaan aku skrg ni? Dh sihat sepenuhnya alhamdulillah...serik bila mengenangkan bila kita dlm keadaan yg tidak sihatkan...tu la Allah taa'la nak kita sbagai hambaNya mengenang lima perkara sebelum lima perkara iaitu yang salah satunya ialah Sihat Sebelum Sakit....guna kesempatan sihat untuk membuat amal kebajikan dan kerja yg mendatangkan pahala dan faedah ....(hamboi......mood tazkirah nampak).

Berbalik kpd sakit...aku x mau merujuk org lain aku nk merujuk diri aku sendiri sebagai bahan ujikaji...Kalau kita sakit for sure kita akan amik ubat skurang2nya panadol utk menghilangkan kesakitan yg kita alami....sbnrnya klu blh elakkan kita menelan ubat2an sedemikian...Aku sbg pesakit migrain mmg ada dibekalkan doktor ubat migrain serta painkiller...tp selalunya aku x telan ubat doktor malahan aku x amik panadol utk ilangkan pening...mmg kedengaran agak gila bukan sbb sakit migrain bukan la sakit seperti memicit jerawat di muka heheheheee tp aku bukan seorg pemicit jerawat ( gila woooo x sanggup aku tgk bekas parut jerawat di muka ). Selepas aku membaca artikel berkenaan pergantungan terhadap painkiller mahu pun panadol 10 tahun yg lalu....sbg seorang perempuan melayu terakhir aku jd takut spt takutnya makcik jiran sebelah masuk umah hantu kat funfare yg ada di pelusuk Malaysia negara tercinta...

Kenapa? Kerana panadol atau painkiller tidak elok utk badan khususnya sesiapa yg bergelar wanita/ perempuan. Kami mengandung dan beranak..sekiranya badan terlalu bergantung terhadap ubatan sedemikian maka apabila bersalin atau berlaku komplikasi semasa brsalin yang perlu menjalani pembedahan, badan x kan mampu menahan sakit yg akhirnya akan disuntik morfin ke dlm badan...haaaaa x psl2 kena guna dadah (walaupun dibenarkan dgn preskripsi doktor). Terlalu bergantung kpd ubat akan membuatkan badan kita tidak mampu menahan sakit secara semulajadi....fuhhh! Cakap ala2 doktor gitu...perasan hang Yanz..si Fatin Liyana yg doktor tu pun x lebih2 mcm hang cita psl ubat....Alaaaa rileks la kawan aku mau kongsi ilmu sj maaaa.

Mcm mana aku buat klu terkena migrain?
  1. Longgarkan pakaian pada badan aku
  2. Sapu minyak cap kapak kat bahagian yg sakit dan berdenyut2 tu (boh minyak bg banyak skit)
  3. Baring atas katil pastikan suasana bilik gelap dan sunyi...(pesan kat anak2 dan suami tlg jgn ganggu masa aku berhibernasi~selalunya waktu mcm ni suami/anak2 aku cukup memahami)
  4. Apa lagi...tidoq laaaa
Selalunya lps bangun dr tidur aku akan rasa ok dan lega skit...

Mcm mana klu aku demam dan sakit perut mcm baru2 ni?
Aku mmg jarang demam (alhamdulillah..thank you Allah) tp klu aku demam panas+sakit tekak+nk kena tgk jugak anak2+ nk mc sbb x p keja.... jd terpaksa la aku p jumpa doktor, dapatkan ubat..bayaq RM30 - RM50 akhirnya telan antibiotik saja (ceh rugi bayaq kat doktor ja)..still x amik panadol/pain killer walaupun doktor bagi....

Masa aku sakit perut gila babai tu aku diperkenalkan oleh doktor medicinal charcoal (ubat ni diperbuat dr arang. Sila rujuk sini utk maklumat lanjut ) Ubat ni mmg hebat mengalahkan pil chi-kit teck aun wa ckp sama luuuuu. Medicinal charcoal/ arang perubatan bkn sejenis dadah tp ia merupa natural remedies kpd sesiapa yg x mau menggunakan ubatan moden...

Susahkan nk memastikan badan kita terhindar dari sebarang kesakitan? Sbb tu la sakit tu merupakan nikmat yg Allah bg agar kita sentiasa ingat pd Allah utk memohon kesejahteraan tubuh badan bagi melaksanakan tugasan/ ibadah di muka bumi ini.....

Yang penting jgn suka2 hati bergantung pada ubatan moden....jgn beli ubatan di farmasi sesenang ati. Sekiranya memerlukan ubat pastikan dengan arahan doktor serta sukatan yg betul kayy...

BADAN SIHAT MINDA CERDAS! Yeah!!!!!

No comments:

Post a Comment