Wednesday, October 2, 2013

Begitulah sikap sesetengah manusia yang bernama KETUA

Luahan dari hati aku ni...so baca lah dengan hukum tajwid yg betul ok...(mood serius!)

Begitulah sikap sesetengah manusia yang dianggap ketua tapi tidak tahu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ketua. Sebagai ketua tugasnya ialah menjaga, memantau, memimpin dan berinteraksi secara berkesan dengan pegawai-pegawai bawahannya. Sekiranya pegawai-pegawainya ada masalah...prihatin...cuba mendengar dan empati dengan apa yang dilalui oleh mereka. Sekiranya ada pegawai-pegawai bawahan ini buat perangai..mengelak kerja, malas, tidak menunjukkan prestasi yang bagus...sebagai ketua tegur lah secara berhemah dan bertindak tegas sekiranya mereka masih lagi tidak berubah....

Apabila ketua bijaksana membuat keputusan maka anak-anak buah di bawahnya akan menunjukkan sikap hormat dan sayang kepadanya. Insha Allah kerjasama yang diminta pasti akan mendapat lebih dari itu! Tapi bayangkan bila seorang ketua yang hanya mementingkan diri sendiri, memikirkan masalah sendiri, apabila ada pegawai yang buat kesilapan tidak ditegur dan dibiarkan tanpa sebarang tindakan tegas...apa jadi pada pegawai-pegawai lain yang kerjanya bagus, cemerlang dan terbaik??? Ditambah pula sekiranya pegawai-pegawai yang cemerlang ini terpaksa mengambil alih tugas pegawai-pegawai yang 'corot' ini dan yang lebih teruknya bila keluar perkataan sebegini..." Si polan tu tak buat keja tak kena tindakan apa pun dari bos...menyusahkan kita balik lagi ada lah..kalau macam tu kita pun tak payah lah teruk-teruk buat keja...". Dan ada lagi ayat-ayat yang kurang memberansangkan yang anda sendiri pun tahu ayat-ayatnya seperti mana kerana kekadang kita sendiri pun pernah menyebutnya kerana tidak puas hati...betul tak? Yang tidak seronoknya bila tindakan ketua sebegini akan melemahkan motivasi orang-orang yang cemerlang dalam pekerjaan.Dari Ok kepada mula tak ok dari buat kerja bersungguh-sungguh kepada buat kerja asal boleh atau pun 'cincai'.
 
Yang paling tak best sekali bila ketua yang tiada sifat kepimpinan menegur pegawai-pegawainya yang membuat kesilapan sedangkan dia juga membuat kesilapan yang sama...al-maklum lah kepimpinan melalui teladan kan? Tak paham betullah dengan manusia yang bersikap demikian...Sudahlah memegang amanah sebagai ketua...gaji tentu lah besar dari pegawai bawahan tapi bila sampai kepada kerja, kemahiran menyelesaikan masalah dan mengendalikan orang bawahan...hampeh! Yang lebih hampeh lagi bila aduan dibuat tapi tiada tindakan....hangat hati je aku tengok!!! Kalau dah tau diri tu tak boleh memerintah undur diri la bagi orang yang layak! Aku cakap pun sebab aku pernah dapat bos yang BEST GILA! Bos yang BIASA-BIASA SAJA dan Bos yang HAMPEH!!!....Bos yang BEST GILA semangat kita nak berkerja memang berkobar-kobar dan penuh semangat...Bos yang BIASA-BIASA SAJA pada aku ok-ok sahaja bekerja kerana berbekalkan semangat kengkawan yang ada di sekeliling kita dan kalau Bos yang HAMPEH! Jawapannya anda sendiri yang tahu atau dalam erti kata lain...LU PIKIR LA SENDIRI apa kesan dan akibatnya...kepada kengkawan aku yang jadi Bos...kalian tolonglah jadi bos yang terbaik dari segi mental, fizikal, emosi mahupun rohani...kepada member-member yang bekerja...kalian tentu lebih mengenali bos kalian sendiri..so selamat mengharungi hidup bersama bos kalian yang bermacam keletah dan perangai.....

SELAMAT BEKERJA! KEPIMPINAN MELALUI TELADAN!

No comments:

Post a Comment