Thursday, November 1, 2012

Be active!

Alooooo semua....Sihat? Happy? Harap dalam keadaan yang baik dan stabil hendaknya....
As usual I just want to share another experience about BE ACTIVE! Perasan x masa kita muda remaja kita kurus tp bila dh kawin anak dh 2, 3 atau lebih dari itu kita makin membesar bagai JOHAN ( bukan Johan Raja Lawak yea...dia x ada kena mengena dlm ini cerita walaupun badan Johan makin berisi berbanding masa dulu masa mula2 dia masuk Raja Lawak 1).

Pertama:
Masa kita remaja dulu metabolisma badan masih aktif dan kita masih muda, tenaga pun tgh membara...tp metabolisma badan akan menurun bila umur kita makin meningkat ditambah pula klu kita x kawal cara pemakanan kita. Apa itu metabolisma? Utk mengetahui dengan lanjut sila baca di sini

Kedua:
Masa kita budak2 dulu kita asyik bergerak, bermain, berlari pendek kata x duduk diam...jd lemak dan karbohidrat x sempat disimpan asyik terbakar ja sbb nk perolehi tenaga untuk buat aktiviti tu semua. Masa di sekolah menengah plak sibuk berpersatuan, bersukan, belajar, berdating (hehehehe ada kaitan ka?), terkejar ke sana terkejar ke sini..malahan masa di kolej atau di universiti...kita sering bergerak/berjalan dari 1 fakulti ke fakulti yg lain...dr fakulti ke asrama...Ya kehidupan aku mmg mcm tu masa budak...masa remaja dan masa di 'U'. Tapi cuba kita renung balik...bila dh start kerja, kawin atau dapat anak kita mula dh malas nk bergerak, berlari, naik tangga apatah lg...lbh suka call suruh org hantar fail atau barang pada kita...dan kita masih lg tidak mengawal pemakanan kita...blh bayang x apa yg bakal berlaku pada badan?

Jadi mulai saat ini wahai wanita terutama yg sudah bergelar isteri atau ibu apatah lg yg berkerjaya kita perlu BE ACTIVE! Petuanya? Anggap setiap pergerakan kita akan membakar kalori. Apa itu kalori? Mcm biasa korang baca la kat sini..lebih pergerakan akan guna lebih tenaga jd tenaga terhasil apabila kalori dibakar....lebih tenaga lebih la kalori dibakar...hasilnya badan akan maintain atau kalau kita kawal cara pemakanan berat badan akan turun dengan cepat...jadikan senaman sebagai rutin harian..kalau x mampu cari masa utk workout...amalkan cara di bawah (ini adalah acara wajib aku):-
Menggunakan tangga berbanding lif
Parking keta jauh skit dr tempat yg hendak dituju...jd kita akan berjalan bukan?
Kurangkan berada dlm suasana yg berhawa dingin
Kerap mengelap lantai rumah dan mengemas umah
Jgn amalkan tidur petang...jadikan malam tidur yg berkualiti

Pada aku la kan jgn takut utk berpeluh jgn malas untuk bergerak...so BE ACTIVE walaupun kita dh berumur!
Aku kerap amalkan workout di bawah ni...mmg best mmg berkesan...mungkin korang pun blh cuba dan amalkan. Tp sori la jenuh aku cari yg versi Inggeris x jumpa( coz dulu aku download dr youtube yang bahasa inggeris)...so korang layan la walaupun dialih bahasa kpd Greek. Yg penting cuba ikut pergerakan yg ditunjukkan...mmg awesome!!!


Remember...BE ACTIVE!

No comments:

Post a Comment